Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat deposit secara online melalui Maybank2u ke Akaun RBS (Royal Bank of Scotland) a.k.a Alertpay.
Sebelum lakukan langkah ini, sila pastikan anda sudah lakukan perkara berikut.
1. Mendaftar akaun Alertpay.com (disyorkan pilih Personal Starter).
2. Sudah "Add Bank" di akaun Alertpay.3. Sudah buat transaksi "Deposit via Bank Transfer" di Alertpay untuk mendapatkan Akaun Bank RBS, No Rujukan dan Bank Deposit Code (**penting**).
Jika anda sudah bersedia dengan maklumat diatas, ikut langkah berikut.
Langkah 1. Login Maybank2u.com, Pilih Transfer dan Klik "New interbank GIRO transfer' seperti dibawah.
Langkah 2. Sila Pilih bank "The Royal Bank of Scotland Berhad" dari senarai bank yang ada.
** Disyorkan ketika ini buat "Request TAC' dan kemudian klik 'continue'
Langkah 3. Isikan maklumat pada borang Interbank Giro seperti dibawah dan klik 'Continue'.
Langkah 4. Sila masukkan TAC anda atau Request TAC jika belum dan klik 'Continue'
Langkah 5. Transaksi Interbank GIRO sudah berjaya. Sila buat PrintScreen dan save as .jpg atau Print dan Scan. Hantar salinan ini kepada support Alertpay sebagai bukti bayaran.
PERHATIAN.
#1. Anda akan dikenakan caj RM2 bagi setiap transaksi oleh Maybank
#2. Masa yang diperlukan untuk duit masuk ke akaun Alertpay paling cepat 2 hari.#3. Anda dinasihatkan untuk membuat transaksi pada hari Isnin. Elakkan buat transaksi pada hari jumaat atau sabtu kerana mungkin masa yang lebih lama untuk transaksi ini dilakukan.
#4. Nilai tukaran wang adalah mengikut rate bank semasa atau gunakan "Exchange" di Alertpay terlebih dahulu..