Alertpay adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online seperti jual beli barang, program affiliate, multi-level-marketing/direct selling, pelaburan dan pelbagai lagi program bisnes internet. Ia sudah bertahun-tahun digunakan sejak Tahun 2004 dan berdaftar di Kanada.
Berikut adalah beberapa fakta umum untuk rujukan.
1. Terdapat 3 jenis akaun di Alertpay – Personal Starter, Personal Pro & Business
- Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, sila buka akaun “Personal Starter”.
- JANGAN buka akaun Personal Pro kerana anda akan dikenakan caj 2.5% +1.20rm setiap kali terima duit.
- Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk akaun Personal Starter setiap kali terima duit TETAPI apabila anda sudah terima lebih dari $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam setahun (terkumpul), akuan anda akan secara automatik menjadi Personal Pro.
2. Status Unverified – apa maknanya? Jika akaun anda Personal Starter Unverified atau Personal Pro Unverified, ini bermakna anda akan ada urusan yang terhad
- Personal Starter atau Pro Unverified – anda hanya boleh membuat belian produk/asterios dibawah $999.99
- Anda tidak boleh guna untuk upgrade untuk jadi ND1 walaupun ada duit $1000
- Anda hanya boleh membuat pengeluaran wang ke bank dalam jumlah yang terhad (kecil) i.e jumlah bergantung kepada pihak Alertpay.
- Tetapi anda boleh terima duit dari akaun Alertpay orang lain atau dari Club-Asteria
- Anda tetap dikenakan caj 2.5% +1.20rm bila terima duit jika akaun anda Personal Pro Unverified.
3. Bagaimana nak verified? Terdapat 2 cara
- Membuat deposit ke akaun RBS – sila ikut panduan di web ini. Cara ini lebih mudah jika anda berdekatan dengan cawangan RBS. Anda cuma perlu ikut panduan yang diberikan dan buat deposit tunai di kaunter RBS. Minimum deposit ialah RM155. Anda akan menerima duit dalam akaun Alertpay dalam masa 2 hari dan terus bertukar menjadi verified
- Dengan validate melalui kadkredit atau kaddebit – sila ikuti panduan di web ini juga. Cara validate dengan kad kredit mengambil masa yang lama kerana perlu tunggu “validate code 4 digit” di penyata bil kadkredit. Cara validate dengan kaddebit maybank lebih mudah kerana hanya mengambil masa 2 hari.
4. Bagaimana jika saya nak deposit ke akaun Alertpay lebih dari $1000 dan akaun saya “unverified”?
- Langkah pertama, sila deposit tunai dikaunter RBS bersamaan dengan $999.99 yang terdekat. Ini kerana akaun unverified dibenarkan deposit dibawah $999.99
- Tunggu duit sudah masuk dalam akaun Alertpay dan status sudah Verified.
- Langkah seterusnya, buat deposit tunai untuk baki seterusnya di kaunter RBS. Untuk akaun verified, anda boleh deposit dibawah $4999.99 untuk setiap transaksi.
- Jika deposit lebih dari $10,000 sila lakukan deposit beberapa kali untuk jumlah dibawah $4999.99 bagi setiap transaksi
5. Bagaimana dengan caj pengeluaran wang? Anda boleh keluarkan wang dengan 3 cara
- Melalui akaun bank, anda akan dikenakan caj RM15 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja (kekadang 1 minggu). Sila pastikan anda tidak membuat pengeluaran yang terlalu banyak kerana kita tertakluk pada undang-undang Bank Negara Malaysia. Disyorkan dibawah rm10,000 bagi setiap pengeluaran dan lakukan selang beberapa minggu atau bulan supaya tidak terlalu kerap.
- Melalui kadkredit/debit, anda akan dikenakan caj $4.95 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja. Panduan ada di web ini
- Melalui kad debit Alertpay (akan dikemaskini nanti..)
Maklumat lanjut akan dikemaskini, sila lawat page/ruangan ini untuk info terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan