Untuk deposit duit ke Alertpay, hanya disyorkan melalui kaunter bank RBS. Anda perlu daftar/buka akaun Alertpay (Personal Starter) dan kemudian daftarkan akaun bank anda (mana-mana bank pun tak kisah). Kemudian baru buat deposit jumlah yang diperlukan di akaun Alertpay untuk mendapatkan maklumat bank RBS dan agen Alertpay (Envoy Services Ptd Ltd). Seterusnya bawa maklumat tersebut ke bank RBS di KL atau Pulau Pinang. Isi borang deposit dan serahkan berserta wang tunai di kaunter RBS. Tunggu dalam masa 1-2 hari untuk duit tersebut masuk ke akaun Alertpay anda.
Berkaitan dengan kaddebit/kredit terutama kaddebit ATM Maybank, anda tidak boleh gunakan untuk deposit duit ke akaun Alertpay. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk buat belian asterios/produks secara terus melalui akaun Alertpay.
Untuk beli asterios/products guna kaddebit ATM Maybank (atau lain-lain bank), sila aktifkan kaddebit tersebut di maybank2u dan kemudian daftarkan kad tersebut di akaun Alertpay. Alertpay akan hantar code validate ke akaun kaddebit dalam masa 1-2 hari. Code tersebut diperlukan untuk mengesahkan kaddebit boleh digunakan di Alertpay. Pastikan anda sudah mengubah HAD PEMBELIAN di ATM Maybank sebelum menbuat belian asterios/produk
Sila rujuk http://deposit-alertpay.blogspot.com/p/kaddebit-maybank.html dan juga http://deposit-alertpay.blogspot.com/p/transaction-limit.html
ANDA DINASIHATKAN TIDAK MEMBUAT INTERBANK GIRO DARI BANK LAIN TERUTAMA MAYBANK KERANA IA TIDAK AKAN BERJAYA. DUIT ANDA AKAN DIPULANGKAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan