Ahad, 20 Februari 2011

Tips: Belian asterios untuk jadi ND

Ini berita baik dan tips bagaimana hendak buat belian $1000 asterios untuk menjadi ND di Club-Asteria mengunakan kaddebit/kredit.

Seperti yang anda sedia maklum, Alertpay hanya benarkan buat belian produk/asterios paling banyak $999 (720 eur) untuk 1 kad sebulan. Ini bermakna tidak mencukupi untuk membeli $1000 sekali gus.

Berikut adalah penyelesaian...

1. Pastikan kadkredit/debit anda sudah didaftarkan di Alertpay dan validated. Jika belum, sila lihat panduan untuk Kad Debit Maybank di SINI

2. Sila dapatkan Alertpay dari rakan-rakan sekurang2nya $50-$100

3. Semasa membuat belian asterios untuk menjadi ND, anda akan dibawa ke akaun Alertpay dan diberikan pilihan untuk membuat bayaran melalui "Cash Balance" atau "Kad Kredit".

4. Sila TICK kedua-dua pilihan tersebut. Alertpay akan ambik jumlah dari "Cash Balance" terlebih dahulu dan selebihnya akan diambil dari kadkredit/debit.

Semoga berjaya.

Deposit ke RBS & Beli Asterios

Saya dapati masih ada yang keliru dengan proses deposit duit ke akaun Alertpay melalui bank RBS atau beli asterios guna kaddebit Maybank.

Untuk deposit duit ke Alertpay, hanya disyorkan melalui kaunter bank RBS. Anda perlu daftar/buka akaun Alertpay (Personal Starter) dan kemudian daftarkan akaun bank anda (mana-mana bank pun tak kisah). Kemudian baru buat deposit jumlah yang diperlukan di akaun Alertpay untuk mendapatkan maklumat bank RBS dan agen Alertpay (Envoy Services Ptd Ltd). Seterusnya bawa maklumat tersebut ke bank RBS di KL atau Pulau Pinang. Isi borang deposit dan serahkan berserta wang tunai di kaunter RBS. Tunggu dalam masa 1-2 hari untuk duit tersebut masuk ke akaun Alertpay anda.


Berkaitan dengan kaddebit/kredit terutama kaddebit ATM Maybank, anda tidak boleh gunakan untuk deposit duit ke akaun Alertpay. Kaedah ini hanya boleh digunakan untuk buat belian asterios/produks secara terus melalui akaun Alertpay.

Untuk beli asterios/products guna kaddebit ATM Maybank (atau lain-lain bank), sila aktifkan kaddebit tersebut di maybank2u dan kemudian daftarkan kad tersebut di akaun Alertpay. Alertpay akan hantar code validate ke akaun kaddebit dalam masa 1-2 hari. Code tersebut diperlukan untuk mengesahkan kaddebit boleh digunakan di Alertpay. Pastikan anda sudah mengubah HAD PEMBELIAN di ATM Maybank sebelum menbuat belian asterios/produk


ANDA DINASIHATKAN TIDAK MEMBUAT INTERBANK GIRO DARI BANK LAIN TERUTAMA MAYBANK KERANA IA TIDAK AKAN BERJAYA. DUIT ANDA AKAN DIPULANGKAN.

Jumaat, 11 Februari 2011

Verified & Deposit

Sekiranya anda ada masalah nak verified dengan kad kredit/debit atau "code validate" tak terima, boleh buat deposit di kaunter RBS (Royal Bank of Scotland) dan akaun Alertpay akan verified selepas deposit berjaya.

Contoh.. Jika nak deposit lebih dari $1000 (contoh $3000), sila buat deposit $1000 terlebih dahulu dan tunggu akaun Alertpay verified dan kemudian baru deposit selebihnya ($2000)..

Sekiranya anda ada kaddebit dari bank lain, contoh EONBank ,sila pastikan anda boleh dapatkan bil transaksi secara online seperti KadDebit Maybank melalui maybank2u untuk mendapatkan "code validate" dari Alertpay.