Rabu, 30 Mac 2011

Apa yang anda patut tahu pasal Alertpay

Alertpay adalah satu lagi kaedah pembayaran secara online (payment processor) selain dari Paypal, Solid Trust Pay, e-gold, Liberty Reserve dan sebagainya. Ia bertujuan untuk urusan pembelian dan pembayaran terutama dalam perniagaan online seperti jual beli barang, program affiliate, multi-level-marketing/direct selling, pelaburan dan pelbagai lagi program bisnes internet. Ia sudah bertahun-tahun digunakan sejak Tahun 2004 dan berdaftar di Kanada.

Berikut adalah beberapa fakta umum untuk rujukan.

1. Terdapat 3 jenis akaun di Alertpay – Personal Starter, Personal Pro & Business

  • Sekiranya anda masih baru dalam bidang ini, sila buka akaun “Personal Starter”.
  • JANGAN buka akaun Personal Pro kerana anda akan dikenakan caj 2.5% +1.20rm setiap kali terima duit.
  • Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk akaun Personal Starter setiap kali terima duit TETAPI apabila anda sudah terima lebih dari $400 dalam masa sebulan atau $2000 dalam setahun (terkumpul), akuan anda akan secara automatik menjadi Personal Pro.

2. Status Unverified – apa maknanya? Jika akaun anda Personal Starter Unverified atau Personal Pro Unverified, ini bermakna anda akan ada urusan yang terhad

  • Personal Starter atau Pro Unverified – anda hanya boleh membuat belian produk/asterios dibawah $999.99
  • Anda tidak boleh guna untuk upgrade untuk jadi ND1 walaupun ada duit $1000
  • Anda hanya boleh membuat pengeluaran wang ke bank dalam jumlah yang terhad (kecil) i.e jumlah bergantung kepada pihak Alertpay.
  • Tetapi anda boleh terima duit dari akaun Alertpay orang lain atau dari Club-Asteria
  • Anda tetap dikenakan caj 2.5% +1.20rm bila terima duit jika akaun anda Personal Pro Unverified.

3. Bagaimana nak verified? Terdapat 2 cara

  • Membuat deposit ke akaun RBS – sila ikut panduan di web ini. Cara ini lebih mudah jika anda berdekatan dengan cawangan RBS. Anda cuma perlu ikut panduan yang diberikan dan buat deposit tunai di kaunter RBS. Minimum deposit ialah RM155. Anda akan menerima duit dalam akaun Alertpay dalam masa 2 hari dan terus bertukar menjadi verified
  • Dengan validate melalui kadkredit atau kaddebit – sila ikuti panduan di web ini juga. Cara validate dengan kad kredit mengambil masa yang lama kerana perlu tunggu “validate code 4 digit” di penyata bil kadkredit. Cara validate dengan kaddebit maybank lebih mudah kerana hanya mengambil masa 2 hari.

4. Bagaimana jika saya nak deposit ke akaun Alertpay lebih dari $1000 dan akaun saya “unverified”?

  • Langkah pertama, sila deposit tunai dikaunter RBS bersamaan dengan $999.99 yang terdekat. Ini kerana akaun unverified dibenarkan deposit dibawah $999.99
  • Tunggu duit sudah masuk dalam akaun Alertpay dan status sudah Verified.
  • Langkah seterusnya, buat deposit tunai untuk baki seterusnya di kaunter RBS. Untuk akaun verified, anda boleh deposit dibawah $4999.99 untuk setiap transaksi.
  • Jika deposit lebih dari $10,000 sila lakukan deposit beberapa kali untuk jumlah dibawah $4999.99 bagi setiap transaksi

5. Bagaimana dengan caj pengeluaran wang? Anda boleh keluarkan wang dengan 3 cara

  • Melalui akaun bank, anda akan dikenakan caj RM15 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja (kekadang 1 minggu). Sila pastikan anda tidak membuat pengeluaran yang terlalu banyak kerana kita tertakluk pada undang-undang Bank Negara Malaysia. Disyorkan dibawah rm10,000 bagi setiap pengeluaran dan lakukan selang beberapa minggu atau bulan supaya tidak terlalu kerap.
  • Melalui kadkredit/debit, anda akan dikenakan caj $4.95 bagi setiap pengeluaran. Masa yang diambil ialah 5 hari bekerja. Panduan ada di web ini
  • Melalui kad debit Alertpay (akan dikemaskini nanti..)

Maklumat lanjut akan dikemaskini, sila lawat page/ruangan ini untuk info terkini.

Jumaat, 25 Mac 2011

Panduan Pengeluaran CashX ke KadDebit MBB

Berikut adalah satu lagi pilihan untuk pengeluaran wang dari akaun CashX ke Kad Debit Maybank dimana duit yang diterima secara langsung juga terus masuk ke akaun Maybank anda. Anda juga boleh mengeluarkan wang ke Akaun bank anda selain Maybank.

Masa yang diperlukan untuk sampai ke akaun bank anda ialah 1-5 hari.Dalam kes ini, ia mengambil masa 5 hari dari hari isnin, 21hb Mac hingga Jumaat, 25hb Mac 2011 dan caj sekali sahaja $4.95

Anda boleh ikut langkah-langkah berikut

1) Sila login ke akaun CashX anda dan pilih My Profile -> Credit/Debit Cards. Klik link seperti ditunjukkan dibawah

2) Masukkan maklumat kad debit Maybank dan alamat bil seperti dibawah.

3). Kad Debit Maybank anda secara automatik telah diluluskan seperti yang bertanda bulat merah

4) Klik Withdrawal seperti dibawah.

Anda akan lihat pilihan Pengeluaran seperti dibawah, pilih Credit Card

Anda akan dikenakan caj $4.95 dan tempoh masa terima duit 1 – 5 hari bekerja.

5). Sila masukkan Jumlah Pengeluaran dan Pilih Kad jika anda ada lebih dari 1 kad kredit/debit

Klik “Preview Withdrawal” diatas dan kemudian masukkan “Transaction PIN” seperti dibawah

Klik “Complete Withdrawal” untuk teruskan.

6). Pengeluaran anda berjaya dilakukan seperti dibawah

Anda akan menerima e-mail dengan tajuk seperti berikut

Pada Mar 21, CashX – Withdrawal Request Created
Pada Mar 23, CashX – Withdrawal Completed

Di akaun CashX anda juga akan lihat maklumat seperti dibawah

Sila tunggu atau lihat di akaun Maybank anda pada esok atau lusa (1-2 hari dari tarikh “completed”)

7.) Login akaun Maybank2u anda dan klik “Today Transaction”

Juga di “DebitCard History”

Sila perhatikan, jumlah yang diterima ialah $195.05 = RM585.17 .Ini bermakna tiada caj tambah dikenakan selain caj pengeluaran dari CashX sebanyak $4.95

Kaedah ini lebih murah dari withdrawal ke Bank melalui Bank Wire yang dikenakan caj $30 bagi setiap pengeluaran. Cuma perbezaan masa dimana dengan Bank Wire, masa yang dinyatakan ialah 1-2 hari berbanding dengan cara ke kadkredit/debit 1-5 hari.

Semoga Berjaya.







Khamis, 17 Mac 2011

Panduan Buka Akaun Alertpay

Penggunaan Alertpay untuk menyertai program Club-Asteria adalah amat digalakkan untuk mereka yang masih baru dalam industri ini disebabkan ramai ahli Club-Asteria yang menggunakan akaun Alertpay untuk urusan pembayaran dan pengeluaran wang di Club-Asteria. Kami juga ada menyediakan panduan untuk deposit wang ke akaun Alertpay, upgrade membership dan belian asterios termasuk pengeluaran wang ke akaun bank.

Berikut adalah panduan mudah buka akaun Alertpay

PANDUAN BUKA AKAUN ALERTPAY
BUKA AKAUN ALERTPAY ADALAH PERCUMA/FREE

STEP 1: Klik di SINI untuk ke laman webs Alertpay

STEP 2: Klik “Sign Up Now”

STEP 3: Klik butang “Personel Starter” dan klik “Next Step”

STEP 4: Isikan maklumat peribadi anda dengan betul dan tepat dan klik “Next Step”

STEP 5: Masukan email anda, create password untuk akaun Alertpay dan trancastion PIN.
Pastikan anda simpan baik-baik semua maklumat tersebut.

STEP 6: Anda sudah berjaya sampai ke terakhir iaitu terima email pengesahan dari Alertpay.

STEP 7: Sila buka email anda dan klik link pengesahan (validation link)

PERINGATAN: Sila pastikan anda catat & ingat password dan PIN transaction yang telah anda cipta.

Rabu, 16 Mac 2011

Panduan Buka Akaun CashX

Selain daripada Alertpay dan Towah, Club-Asteria juga menerima “payment processor” dari CashX untuk tujuan upgrade membership dan membuat belian asterios. Jadi ahli Club-Asteria boleh membuat pilihan dimana yang difikirkan sesuai. Kelebihan CashX ialah tiada caj yang dikenakan apabila kita menerima atau menghantar wang ke akaun cashX yang lain. Untuk pengeluaran wang ke bank dikenakan caj $30 bagi setiap transaksi melalui kaedah “bank-wire”.

Berikut adalah panduan buka akaun cashX.

KELEBIHAN AKAUN CASHX

Account Type:PersonalPersonal ProBusiness Pro
Opening an Account:FREEFREEFREE
Monthly Fee:FREEFREEFREE
Merchant Tools:N/AN/AFREE
Send Money:FREEFREEFREE
Receive Money:FREEFREE2.00% + $0.25 USD
Mobile WebApp:FREEFREEFREE

Sila ikut langkah-langkah berikut:

1) Klik: SINI untuk memulakan pendaftaran.

2) Klik: SignUp

3) Pilih Personel, klik: Open Personel Account

Isikan maklumat anda dengan tepat dan klik ‘Next Step’

3a)

3b)

3c)

3d)

4). Anda akan menerima email yang mengandungi link pengesahan, sila klik link berkenaan dan login semula ke cashX untuk proses verified akaun cashX anda.

5). Anda boleh verified akaun anda dengan mengupload kad pengenalan
atau lesen memandu. Sila isikan Option Note dan klik upload.

Isikan semua kotak yang ada.

Selepas selesai akaun anda akan disahkan verified 1-2 hari.
Selepas sudah sah verified, anda boleh deposit USD dari kredit/debit kad anda.

FAKTA MENGENAI CASHX

  1. Anda boleh guna akaun untuk “Send Money” atau Upgrade/Beli Asterios walaupun akaun anda “Un-verified”
  2. Limit penggunaan wang untuk terima duit atau belian asterios ialah $1000 jika akaun anda “Un-verified”
  3. Tiada caj dikenakan apabila menerima duit dari Club-Asteria atau dari akaun CashX lain samada verified atau un-verified.
  4. Anda boleh withdraw ke bank dengan caj $30 sekali transaksi. Akaun anda mesti verified.
  5. Anda boleh add kadkredit dan validate untuk tujuan deposit wang ke CashX tetapi dikenakan caj 5.50% + $0.75 USD
  6. Anda boleh memohon untuk mendapatkan Kad Debit CashX dengan kos penghantaran serendah $4.95. Sila baca terma & syarat pengunaan kaddebit CashX di web CashX.


KadDebit CashX